KISAH MALAIKAT JIBRIL DAN MALAIKAT MIKAIL MENANGIS

October282012
KISAH MALAIKAT JIBRIL
DAN MALAIKAT MIKAIL
MENANGIS Dalam sebuah kitab
karangan Imam al-Ghazali
menyebutkan bahawa
iblis laknatullah itu
sesungguhnya namanya
disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit
yang pertama, pada langit
yang keduanya disebut az-
Zahid. Pada langit ketiga,
namanya disebut al-Arif.
Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali.
Pada langit kelima,
namanya disebut at-Taqi.
Pada langit keenam
namanya disebut al-Kazin.
Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil
manakala dalam Luh
Mahfudz, namanya ialah
iblis.
Dia (iblis) lupa akibat
urusannya. Maka Allah s.w.t. telah memerintahkannya sujud
kepada Adam. Lalu iblis
berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya
daripada aku, sedangkan
aku lebih baik
daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api
dan Engkau jadikan Adam daripada tanah." Lalu Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya, " Aku membuat apa yang aku
kehendaki. " Oleh kerana iblis laknatullah
memandang dirinya penuh
keagungan, maka dia
enggan sujud kepada
Adam a.s. kerana bangga
dan sombong. Dia berdiri tegak sampai saatnya
malaikat bersujud dalam
waktu yang berlalu.
Ketika para malaikat
mengangkat kepala
mereka, mereka mendapati iblis
laknatullah tidak sujud
sedang mereka telah
selesai sujud. Maka para
malaikat bersujud lagi
bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis
laknatullah tetap angkuh
dan enggan sujud. Dia
berdiri tegak dan
memaling dari para
malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin
mengikut mereka dan
tidak pula dia merasa
menyesal atas
keengganannya.
Kemudian Allah s.w.t. merubahkan mukanya
pada asalnya yang sangat
indah cemerlangan kepada
bentuk seperti babi hutan. Allah s.w.t. membentukkan kepalanya
seperti kepala unta,
dadanya seperti daging
yang menonjol di atas
punggung, wajah yang
ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah
kera, kedua matanya
terbelah pada sepanjang
permukaan wajahnya.
Lubang hidungnya
terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua
bibirnya seperti bibir
lembu, taringnya keluar
seperti taring babi hutan
dan janggut terdapat
sebanyak tujuh helai. Setelah itu, lalu Allah s.w.t. mengusirnya dari syurga, bahkan dari
langit, dari bumi dan ke
beberapa jazirah. Dia tidak
akan masuk ke bumi
melainkan dengan cara
sembunyi. Allah s.w.t. melaknatinya sehingga ke
hari kiamat kerana dia
menjadi kafir. Walaupun
iblis laknatullah itu pada
sebelumnya sangat indah
cemerlang rupanya, mempunyai sayap empat,
banyak ilmu, banyak
ibadah serta menjadi
kebanggan para malaikat
dan pemukanya, dan dia
juga pemimpin para malaikat karubiyin dan
banyak lagi, tetapi semua
itu tidak menjadi jaminan
sama sekali baginya.
Ketika Allah s.w.t. membalas tipu daya iblis
laknatullah, maka
menangislah Jibril a.s.dan
Mikail. Lalu Allah s.w.t. berfirman yang
bermaksud, " Apakah yang membuat kamu
menangis? " Lalu mereka menjawab, "Ya Allah ! Kami tidaklah aman dari
tipu dayamu." Firman Allah s.w.t. bagi bermaksud, " Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari
tipu dayaku ." Setelah diusir, maka iblis
laknatullah pun berkata,
"Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Syurga
disebabkan Adam, dan aku
tidak menguasainya
melainkan dengan
penguasaan- Mu." Lalu Allah s.w.t. berfirman yang
bermaksud, "Engkau
dikuasakan atas dia, yakni
atas anak cucunya, sebab
para nabi adalah
maksum." Berkata lagi iblis laknatullah,
"Tambahkanlah lagi
untukku." Allah s.w.t. berfirman yang
maksudnya, " Tidak akan dilahirkan seorang anak
baginya kecuali tentu
dilahirkan untukmu dua
padanya ." Berkata iblis laknatullah lagi,
"Tambahkanlah lagi
untukku." Lalu Allah s.w.t. berfirman dengan maksud, " Dada-dada mereka adalah rumahmu,
engkau berjalan di sana
sejalan dengan peredaran
darah." Berkata iblis laknatullah lagi,
"Tambahkanlah lagi
untukku." Maka Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud, " Dan kerahkanlah terhadap
mereka pasukan berkuda
dan pasukan yang berjalan
kaki, ertinya mintalah
tolong menghadapi
mereka dengan pembantu-pembantumu,
baik yang naik kuda
mahupun yang berjalan
kaki. Dan berserikatlah
dengan mereka pada
harta, iaitu mendorong mereka mengusahakannya
dan mengarahkannya ke
dalam haram. " "Dan pada anak-anak, iaitu dengan menganjurkan
mereka dalam membuat
perantara mendapat anak
dengan cara yang
dilarang, seperti
melakukan senggama dalam masa haid, berbuat
perkara-perkara syirik
mengenai anak-anak itu
dengan memberi nama
mereka Abdul Uzza,
menyesatkan mereka dengan cara mendorong
ke arah agama yang batil,
mata pencarian yang
tercela dan perbuatan-
perbuatan yang jahat dan
berjanjilah mereka. " (Hal ini ada disebutkan
dalamsurah al-Isra ayat 64 yang bermaksud :
"Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara
mereka dengan suara
engkau dan kerahkanlah
kepada mereka tentera
engkau yang berkuda dan
yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada
harta dan anak-anak dan
berjanjilah kepada
mereka. Tak ada yang
dijanjikan iblis kepada
mereka melainkan (semata-mata) tipuan."

65 sekretaris nabi

October152012
ThumbnailDengan fitrah yang dimiliki, manusia menginginkan hati yang sehat (qalbun salim). suatu kondisi hati yang membuatnya mampu menembus pintu langit, dan terbebas dari noktah-noktah kemaksiatan. Masalahnya bagaimana mencapai kondisi hati seperti itu? terlebih, ritme kehidupan yang kita jalani sehari-hari kurang memberi porsi seimbang untuk merawat hati. disaat yang sama, setan selalu berusaha membenamkannya ke dalam lumpur kemaksiatan sedalam- dalamnya. duh,... [Baca selengkapnya]
 
Kembali ke Atas